Latar belakang V-mon

V-mon, bersama-sama dengan Hawkmon dan Armadimon, adalah tiga Digimon zaman purba yang telah dimeterai oleh Azulongmon, untuk dibangkitkan sekali lagi dalam masa kecemasan. V-mon mula muncul dalam episod pertama Digimon Adventure 02 apabila Daisuke Motomiya mengangkat Digimental keberanian.

Sepanjang Digimon Adventure 02, V-mon boleh bertukar dalam 3 jenis bentuk Armor (perisai) dari Digimental yang berlainan. Selepas kekalahan Digimon Kaiser, V-mon boleh membuat pertukaran biasa, pertukaran Jogress dengan Stingmon menjadi Paildramon dan juga pertukaran Ultimate dari Paildramon menjadi Imperialdramon.